PRE | D’DAY | POST CONVOCATION MASTER’S DEGREE


PRE-CONVO:

Alhamdulillah, tak sangka dah tamat setahun pengajian dalam Master of Medical Physics (by coursework) sesi 2017/2018 di University of Malaya. Maybe sesetengah individu tak tahu pun saya sambung master. Is okay.

Akhirnya, dapat update post di blog yang dah berhabuk sekian lama ni. Janji nak update November end aritu, tapi almaklumla masih tak sempat. Sebab ada family trip ke Langkawi Island pulak 1-3 Dec baru ni. Short trip je. Demi mengotakan janji kepada Qaisara sebab performance akademik dia memberangsangkan walaupun ada juga la yang biasa-biasa.. ibu and ayah pun tempah flight and hotel bawa jalan sekali mana yang ada di rumah. And sebab tu la juga tak dapat hadir majlis kahwin kawan mrsm kuala klawang - Razzy Qushairie. Tahniah kawan, moga bahagia. Leha, satu homeroom E4B kat mrsm terendak pun sama. And this week Iylia and Haziq, classmate saya mrsm tdk. Panjang jodoh diorang. Semoga berbahagia semuanya, Alhamdulillah. Ramai dah ni member sekelas se-mrsm sekolah and se-universiti dah married. Doa yang baik-baik untuk saya pula. Semoga kita semua berjumpa dengan jodoh yang didatangkan dari sisi-Nya, baik akhlaknya siapa pun dia, elok parasnya, mampu membimbing pasangan dan sama-sama menuju syurga-Nya melalui jalan yang telah ditetapkan-Nya. 

So, disebabkan last time masa bachelor degree dulu tak sempat nak shooting pre-convo so beria-ia lah kami kali ni. Nak dijadikan cerita 13 Oktober lepas my course mates and I ke Perdana Botanical Garden untuk pre-convo photoshoot bersama pexturesphotography. Try search insta mesti jumpa punya bg sesiapa yg berminat nak pakai photographer.


Finally, we made it!

All is well :)


Cakk :P


At times, we are serious ...

And at times, we are playful ...
We are smart people

through days and night


through thick and thin

we complete each other

Walaupun sebenarnya kami tak berapa complete semasa pre-convo photoshoot ni atas kekangan masing-masing. Yang penting awak-awak yang tiada masa tu dekat di hati. Hehe.

So batch Medical Physics 2017/2018 sebenarnya ada 12 orang: 4 international students (2 Vietnameses, 1 Cambodian & 1 Singaporean), and 8 locals. Dan ada 2 orang batch atas kami yang join semester kami disebabkan hal tertentu. Yang dari Vietnam and Cambodia tu dari special program sponsored by IAEA. 


This is the new version of me:

No matter what, I am still the same person.

According to me: I am an optimist

Time is golden

Yes you. You made me. 




D-DAY:


And below here is my official graduate certificate. Managed to get 3.54/4.00 CGPA. Alhamdu Lillah. That's fair good enough I think. Though I know I can get better if I try harder. Huhu.



Bawah ni group maggie. Nak tahu kenapa maggie?? Sebab kami semua pernah sama-sama stay up di rmh sewa Vista Angkasa sebab nak siapkan report and assignment yang due esoknya. Malam tu pagi-pagi buta makan maggie ramai-ramai. Haha. 



So seperti yang dijanjikan finally gambar studio pun sampai ke rumah dengan selamatnya. So bawah ni gambar formal dgn family yang hadir sekali. Tapi kaklong tak masuk, ramai sangat orang beratur sesak rasa.



Straight je. Pandang siapa lah tu..
Thank you ibu & ayah for the support selama ni 


Master's degree: Medical Physics, UM

Bachelor degree: Medical Radiation, USM


Disebabkan macam tak pernah post je gambar undergraduate so nak la masukkan satu kat sini. Kat FB pun tak pernah update grad undergrad dulu. Nanti la ada feeling nak update kita update walaupun dah sekian lamanya. Haha 



POST-CONVO:

Saya jalan-jalan sendirian buat post-convo sambil sedikit reflection. Keesokan harinya time nak pulang jubah tu la. Met Koeurn and we chatted a bit.. while walking around together we took few pictures. 

Koeurn and me



My haven: 24 hours Ruang Belajar

Kat rumah pun nak buat post-convo jugak la. Hehe

 Jelous dgn batch akan datang. 24 hours lebih selesa sekarang, kelengkapan semua okay. Maybe one day diorang akan letak mesin gedegang pulak utk orang beli air tin harapnya. Rindu nak stay up kat situ. Tak balik Vista Angkasa pun pernah. Tido kat situ mandi kat situ. Haha. Selalu ke situ akan tumpang motor Aida atau kereta Kak Ain kalau sejalan dengan diorang. Kalau tak memang naik bas la. Ada jugak balik lewat malam naik grab. Kalau tak nak terlepas bas last pkl 11.30 malam tak silap. Dalam 11.15 hingga 11.25 tu boleh la undur diri dari 24 hours space tu. Untung 24 hrs ni dekat UM Central. Belakang Main Library je. 


Scroll Master UM

Aiseyh berangan model kaki pendek. Huhu


Currently active in job seeking of course. Have been in an interview once and now preparing for another iv. Never lose hope. Remember life is not easy. Sebabnya pada masa yang sama we seek redha Allah swt.

Nanti kita up pula pasal trip ke Langkawi. Tapi takda apa pun, just jalan-jalan cuci mata je. Bila pula nak berjalan ke oversea macam member-member yang ada duit ni. Haha. Syukurlah, pasti diluaskan lagi rezeki di kemudian hari. Amin.

See ya.

Comments

  1. Assalamualaikum.. Sy bakal jd pljr sinaran perubatan usm... Biasanya akan keje apa lepas habis belajar?? Hehehe

    ReplyDelete
  2. Wasalam. Boleh adik add FB saya Fatin Nadiah (Kajang). Atau connect LinkedIn if ada profile. Saya dah jarang buka FB. Tahniah adik ��

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya lepasan matrikulasi. Saya ingin bertanya mengenai Sarjana Muda Sains Kesihatan Sinaran Perubatan. Saya berminat dengan jurusan ini. Berdasarkan pengalaman akak, berapa pointer cgpa biasanya diambil untuk diterima dalam jurusan ini? Akak, apakah subjek elektif yang biasa dan patut saya ambil jika saya diterima dalam jurusan ini? Pekerjaan apa yang layak dipohon jika saya hanya menyambung di peringkat ini sahaja tanpa memikir untuk menyambung peringkat sarjana (master)? Ada tips untuk jurusan ini? Adakah peluang bekerja dengan pihak kerajaan mudah dengan ambilan jurusan ini? Saya memohon jasa baik akak untuk maklum balas komen saya. Terima kasih kerana sudi membaca.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SEM 1 YEAR 2 MEDICAL RADIATION

Musim delima yang sudah berakhir..

NURANI, USM `ll be my second home after MRSMKK, MRSMTDK and KMS