Musim delima yang sudah berakhir..

Assalamulaikum w.b.t..
alhamdulillah baru2 ini saya menerima tawaran :

1-USM kubang kerian, Kelantan -ijazah sarjana muda sinaran perubatan (sains kesihatan)

2-UPU : UKM-ijazah sarjana muda sains makanan dan pemakanan

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA
Sesi Akademik 2013/2014

Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD
:

NAMA
:
FATIN NADIAH BINTI RUSLY
KATEGORI
:
N - Kategori Matrikulasi/Asasi Sains
NOMATRIK
:



TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
KS04 - IJAZAH SARJANAMUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN)
UKM - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA




Anda juga ditawarkan program pengajian di USM : SM04 - SINARAN PERUBATAN


CATATAN :
  1. Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web IPTA mulai 12 Julai 2013 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 26 Julai 2013.




kedua-duanya keluar pada hari yang sama secara online.

Maksudnya saya tak lulus temuduga UM-medical imaging tempoh hari. Tapi tak apa..sebab saya redha dan tahu hanya Allah s.w.t saja yang mengetahui apa yang terbaik buat diri hamba-Nya. Betul tak?

Sejujurnya, pada mulanya saya dalam delima....jadi saya telah mengambil masa dua hari memikirkan baik buruk pilihan yang akan dibuat. Aku berharap budak2 lain gembira dengan tawaran yang diterima serta bersyukur. Yang mana perlu membuat pilihan macam diriku, mohon agar pilih yang terbaik dan berdoa memohon petunjuk Allah s.w.t k?

Kalau diikutkan UKM paling dekat dengan rumah ni..kat bangi je...berapa lamalah dari bukit mahkota ni kan..USM pulak nun jauh di sana dekat dgn laut china selatan..kat kelantan...ambil masa 7-8 jam dari selangor ni..tapi kos sinaran perubatan boleh disamakan jugak dgm pengimejan perubatan tuh...dan saya tak berapa minat dengan kos sains makanan dan pemakanan yang lebih kurang macam dietetik ni..
Setelah dua hari keputusan masih tak jelas..akhirnya mungkin Allah s.w.t dah rancang...ibu dengan ayah sibuk booking flight ke kelantan malam itu. Jadi keputusanku muktamad untuk ke kelantan sana. Belanja flight memakan RM1000 lebih pergi balik untuk 6 orang...tak termasuk penginapan lagi...pergi awal sehari..

Akan berjumpa dengan Fatin Zuhairah-dentistry dan Zati Atharina-pathology kat USM nanti...alhamdulillah..ada jugak kawan kat sana nanti.

Harap2 ini adalah keputusan terbaik dalam hidupku..dan aku mohon agar menemukan ilmu yang boleh aku cintai seikhlas dan setulusnya kerana Allah s.w.t ...seterusnya dengan ilmu yang berkat ini aku bakal menceburi bidang profesion yang halal dan menjadi pakar dalam bidang tersebut. Insya-Allah ilmu yang bakal ditimba memberi manfaat kepada diriku dan orang lain disekelilingku. Amin!

Surat Tawaran Sementara Secara Online:

KEPUTUSAN
Anda telah mengesahkan untuk MENERIMA tawaran ke Universiti Sains Malaysia. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.


TAHNIAH! Anda berjaya mendapat tawaran di Universiti Sains Malaysia. Maklumat tawaran adalah seperti berikut :
Nama
:
FATIN NADIAH BINTI RUSLY
No KP
:

Kod Program
:
SM04
Program
:
SAINS KESIHATAN (KEPUJIAN) (SINARAN PERUBATAN)
Yuran Pengajian
:
RM1800 SETAHUN
Tempoh Pengajian
:
4 TAHUN
Tarikh Lapor Diri
:
1 SEPTEMBER 2013
Tempat Lapor Diri
:
KAMPUS KESIHATAN, 16150 KUBANG KERIAN, KELANTAN
UCAPAN TAHNIAH NAIB CANSELOR [sila klik di sini]
PERHATIAN
1.
Program yang ditawarkan adalah MUKTAMAD. Sebarang permohonan pertukaran program pengajian tidak dibenarkan.
2.
Anda dikehendaki membuat pengesahan penerimaan ATAU penolakan tawaran melalui laman web ini sebelum atau pada 21 JULAI 2013 . Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh tersebut dianggap MENOLAK tawaran.
3.
Sila baca Peraturan dan Syarat Kemasukan sebelum pengesahan dibuat.
4.
Anda dikehendaki mencetak Buku Panduan Siswa Baharu dan semua lampiran sebagai persediaan sebelum pendaftaran diri.


p/s : Sekarang masanya untuk membuat persiapan menjadi bakal mahasiswi USM! Macam2 info yang saya dapat daripada FB USM nih..Thanks a lot.



Doakan kejayaan saya ya wahai pembaca.  >.<  +  :)  +  >_-   +  n_n

Comments

  1. saya baca pada tahun 2020, bolehkah saya bertanya apakah bidang pekerjaan setelah tamat ijazah?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SEM 1 YEAR 2 MEDICAL RADIATION

NURANI, USM `ll be my second home after MRSMKK, MRSMTDK and KMS