SEM 1 YEAR 2 MEDICAL RADIATION

Asalammualaikum wbt dan hye kpd pembaca blog saya semuanya..



Balik rumah mesti naik flight dari Kelantan ni. Tak pernah lagi naik bas atau diambil balik dgn kereta. Paling suka bila dpt seat tepi..dpt tengok awan. Kalau mlm pula dpt tengok bintang. Teruja bila tengok luar tingkap. Rasa takjub.



Atas tu jadual sem 1 aku. Simple je, aku tulis tgn n tampal kat dinding. Walaupun nmpak kosong je mmg padat sebenarnya waktuku. Alhamdulillah, final exam sem 1 2nd  year dah tamat. Macam tak percaya sem ni berlalu dgn begitu pantas. Dan macam tak percaya sem ni aku amik 8 subjek termsk teras, universiti dgn elektif. Catat sejarah. Tp takde apa2 pun. Syukur kerana Allah mempermudahkan jalan bagiku sepanjang semester ini. Walaupun certain assignment sama ada individu/grouping aku akui ada atrnya yg aku tak berpeluang buat sehabis baik oleh sebab kekangan masa..alhamdulillah, turn out carry mark semua ok. Boleh dikatakan agak busy sem ni, sbb aku habiskan ambil elektif sem ni jgk. Turn out jugak subjek universiti aku pun dh habis, Cuma terlebih satu unit. Haha..Lepas ni fokuskan subjek teras je. Hehe.. Niatkan aku buat semua ni utkNya, ganjaran utk dunia akhirat. Amin :D


Atas ni slip peperiksaan aku. Yg diperlukan bersama IC utk msk exam hall. Tak menang tangan. Asyik dgn assignment shj. Kelam kabut dibuatnya. Lepas satu..satu lg. Kadang2 pd waktu yg sama assignment dtg menggunung. Kali ni bila dah dekat exam tu la br kugagahkan diriku membuat nota. Time study week br penuh dinding dgn nota. Sblm2 ni tak sempat. Maafkan aku lecturer2 ku yg kadang2 tertangkap aku tido dlm kls..dan juga selalu dtg lambat. Hampir semua kelas aku lambat kot. Dekat2 lecturer nak start bersyarah ataupun dah 5-10 mnt bersyarah br nampak btg hidung ni. Hehe..lambat mengalahkan lelaki! Takpe, next sem aku pasti btl2 bg full komitmen to my academic performance and silat. Buat yg terbaik dlm segala hal dan urusan. Amin.




Lupa pula, hr tu time kejohanan SMD, aku msk kategori sepasang dgn ina (Ruzainah). Dan dpt tmpt ke-2. Nervous sgt hr tu. Haha..ok la tu kan. Peace! Kak billah dgn Kak rin 1st place. Kategori demo bermuzik pula Alhamdulillah group kami 1st place. Hee.. :D Rasa kelakar bila replay video yg bdk2 ni rakam time tu. Haha..malunya #_#

Alhamdulillah juga, Ujian Sijil Rendah (USR) Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) aku dah lulus. Walaupun aku tak kepujian ttp syukur. J Tp menangis jgkla aftr lps test tu. Tetiba demam panas balik time test, mmg x larat. Huhu~

Hari tu lepas g rmh Fizah kteorg MR g singgah Pantai Irama kejap cuci mata ^_^




 Berkenaan final exam sem ni, harap2 sgt aku skor semuanya dgn cemerlang dan mencapai target. Agak2 bila ea result keluar. Tak sabar dan berdebar menunggu. Selepas paper TITAS hr tu aku dgn classmate MR semua g KFC rai Dr Suhaili Zakaria. Sedih bila mengenangkan bila buka sem 2 ni Dr dah tak mengajar kat USM. Dr informed kami semua time study week tu. Akan berpindah ke UTP. Moga Dr Suhaili terus berdedikasi menjalankan tugasnya dan sentiasa mendoakan kecemerlangan kami. T_T





Bye, sehingga bertemu lg di ruang lain. Doakanlah result 17 feb esok ok, cemerlang dan mencapai target.  Amin... 

Comments

  1. Best casinos in the world to play blackjack, slots and video
    hari-hari-hari-hotel-casino-online-casinos-in-us · blackjack 출장샵 (blackjack) · casino-roll.com roulette (no herzamanindir Blackjack Video Poker · Video Poker ventureberg.com/ · Video Poker https://deccasino.com/review/merit-casino/ · Video poker

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Musim delima yang sudah berakhir..

NURANI, USM `ll be my second home after MRSMKK, MRSMTDK and KMS